
Sulit
4 tahun
Keguguran atau period
Doktor, saya nak tanya,
Saya pernah minum air teh halia dan setelah mnum air tersebut, keluar tompokan coklat pada sluar dlm saya. Slepas itu, tompokan coklat kluar berturut2 2 hari. Hari ketiga, kluar darah merah sedikit tp saya x sengugut cuma sakit pinggang sahaja dan rasa lemah. Mlm pula, drh x kluar. Hari 4, pagi darah xda, dlm tgah hari barulah keluar tp x sakit. Bila saya kencing, tba2 kluar ketulan darah. Masa tu mula rasa sakit sikit dan masih rasa lemah dan kurang selera mkn. RAsa pelik bila mcm sesuatu sepeti kat vagina. Adakah saya mengalami keguguran atau mmg period?

Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
5 tahun
Salam sejahtera, terima kasih atas soalan yang diajukan.
Jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang anda hadapi. Sila klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami secara percuma.
Pertama sekali,adakah anda mengandung? Jika anda mengandung boleh jadi darah itu adalah darah tompokan atau ‘spotting’ ketika hamil. Ia juga mungkin boleh disebabkan oleh keguguran namun saya tidak dapat memberikan kesimpulan ini.
Untuk menyelesaikan masalah ini, maklumat lanjut dan pemeriksaan perlu diambil dan dilakukan. Jadi saya amat sarankan anda untuk merujuk masalah ini kepada doktor. Klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami secara peribadi melalui atas talian bagi mendapatkan penerangan dan nasihat atau rawatan yang diperlukan secara percuma. Terima kasih.