
Sulit
4 tahun
Keguguran atau petanda sakit lain?
saya berusia 26 thun.kali ini period saya lebih dari 12 hari dan ada ketulan putih dan darah dan macam ada ketulan . daging hancur warna pink. tetapi period ini hanya di dalam bahagian faraj start begini pada hari ke 9 period sebelum ini hari ke 1-8 bleeding macam biasa dan ada ketul darah juga. selalunya period saya hingga 7 hari sahaja dan normal bleeding.adakah ini tanda tanda keguguran? saya sudah berkahwin selama 3 tahun dan belum ada cahaya mata. dan pernah gugur sekali tanpa sedar yg sy prgnant. baru baru ini saya ada sakit pinggang yang kronik juga sehingga tidak dapat bangun. tetapi dengan bantuan ubat dr. sekarang dah ok. cuma pendarahan berketul di dalam faraj masih ada.mohon pencerahan

4 tahun
Salam sejahtera, terima kasih atas soalan yang diajukan.
Berdasarkan keterangan yang anda berikan, anda perlu mengenalpasti samada waktu haid anda adalah seperti yang anda selalu alami atau sebaliknya. Tanda-tanda kehamilan adalah lewat datang haid, muntah, sakit pada payu dara dan sebagainya. Jika anda alami haid lewat daripada waktunya dan tidak lama kemudian anda mengalami pendarahan berketul seperti daging, ini kemungkinan anda hamil. Hal ini kerana, gejala pendarahan berketul yang anda alami boleh disebabkan:
- Pendarahan haid yang terkumpul
- Pendarahan akibat jangkitan dalam rahim
- Pendarahan polip/fibroid/kista ovari
- Keguguran
Sekiranya masalah ini berlanjutan serta memudaratkan kesihatan anda, anda disarankan untuk merujuk masalah ini dengan lebih lanjut kerana maklumat tambahan serta pemeriksaan adalah diperlukan sebelum kesimpulan dapat dibuat. Anda boleh klik pada link (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami secara atas talian. Privasi anda akan kami jaga. Terima kasih.