
Sulit
4 tahun
Keguguran dalam usia kandungan 4 bulan
Apakah ubat yg sesuai untuk ibu yg keguguran dlm usia kandungan 4 bulan?dan ibu tersebut tidak pergi hspitaAl untuk menjalankan d n c… Kerana takut mndgr kemungkinan slepas d n c untuk hamil kembali susah…

5 tahun
Salam sejahtera, terima kasih atas soalan yang diajukan.
Jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang anda hadapi. Sila klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami secara percuma.
Berdasarkan keterangan di atas, kami memahami kebimbangan anda tentang masalah yang dihadapi. Untuk pengetahuan anda, sememangnya ada ubat yang boleh diambil untuk masalah keguguran. Ubat ini akan menyebabkan rahim anda mengecut dengan kuat dan fenomena ini akan meransang proses kelahiran janin. Namun ubat ini memerlukan pengawasan rapi dari doktor kerana terdapat pelbagai kesan sampingan boleh berlaku dan doktor juga perlu untuk memastikan kesesuaian ubat ini terhadap pesakit. Ubat ini juga memerlukan perskripsi dari doktor dan tidak boleh dibeli sebarangan di farmasi atau kedai menjual ubat.
Bagi prosedur dilatation and curettage atau D&C pula, tidak semua pesakit akan melalui prosedur ini kerana ia bergantung kepada tahap atau jenis keguguran yang anda hadapi. Setiap prosedur pastinya ada kesan sampingan namun harus beringat bahawa tidak mendapatkan rawatan tepat juga akan menyebabkan banyak komplikasi seperti pendarahan, jangkitan kuman dan sebagainya.
Untuk mengetahui punca masalah yang anda hadapi dengan tepat, maklumat lanjut adalah diperlukan sebelum kesimpulan boleh dibuat. Oleh itu, anda amat disarankan untuk merujuk masalah ini kepada doktor. Klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami secara peribadi melalui atas talian bagi mendapatkan penerangan dan nasihat atau rawatan yang diperlukan. Terima kasih.