
Sulit
3 tahun
Keguguran dan ingin hamil kembali
Saya wanita yang berumur 20 tahun , saya baru saja lepas keguguran pada 12/05/2021 , saat kandungan saya berusia 10minggu , disini saya ingin menanyakan tentang kehamilan kembali , bilakah masanya saya boleh hamil kembali ?

3 tahun
Salam sejahtera dan terima kasih atas pertanyaan anda.
Kami turut bersimpati keatas keguguran yang telah berlaku. Berdasarkan soalan anda, anda ingin mengetahui masa yang sesuai untuk hamil kembali selepas keguguran.
Kajian mendapati bahawa proses untuk hamil kembali boleh bermula seawal 2 minggu setelah keguguran berlaku. Namun menurut kebanyakan doktor pakar, anda digalakkan untuk mula merancang untuk hamil kembali apabila anda telah bersedia dari segi emosi dan kesihatan fizikal.
Oleh kerana terdapat pelbagai punca keguguran, anda digalakkan untuk mendapat nasihat daripada doktor pakar kehamilan sebelum mula merancang agar anda lebih bersedia untuk kehamilan akan datang serta merawat sebarang masalah kesihatan sekiranya perlu.
Anda boleh bercakap dengan doktor kami atau menghubungi pakar secara atas talian untuk nasihat lanjut tentang perancangan kehamilan seterusnya.
Kami berharap jawapan ini dapat membantu anda. Terima kasih.
Klik di sini untuk bercakap dengan doktor.
Klik disini untuk bercakap dengan Pakar Sakit Puan.