
atinazley93
4 tahun
Keguguran dan sakit belah kanan ari2 bawah
Saya 26 tahun dn bru lps keguguran seminggu lebih. Kenapa ye doktor smlm dan harini ari2 kanan sy bawah sakit kadang sampai ketengah ari2. Kadang sampai rasa mcm sengal membawa ke kaki kanan. Sy bersama suami selepas seminggu lbih berpantang. Adakan ini normal?

Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
5 tahun
Salam sejahtera, terima kasih atas soalan yang diajukan.
Jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang anda hadapi. Sila klik pada link ini (DoctorOnCall)untuk bercakap dengan pihak kami.
Berdasarkan keterangan di atas, kami memahami kebimbangan anda tentang gejala/masalah yang dihadapi. Untuk makluman pihak anda/puan/tuan, masalah ini boleh disebabkan oleh pelbagai perkara. Antaranya:
- Sakit akibat keguguran. Normal untuk berlaku dalam masa beberapa minggu selepas keguguran.
Walaubagaimanapun, masalah ini mungkin berkaitan dengan keguguran anda atau masalah yang berbeza seperti:
Keracunan makanan
Gastrik adalah disebabkan oleh acid berlebihan di dalam perut.
GERD
Radang pankreas atau pancreatitis.
Masalah pada usus atau mana-mana bahagian saluran pencernaan
Masalah reproduktif struktur wanita; cyst di ovari, fibroid, kehamilan diluar rahim
Untuk mengetahui punca masalah yang anda hadapi dengan tepat, maklumat lanjut adalah diperlukan sebelum kesimpulan boleh dibuat. Oleh itu, anda amat disarankan untuk merujuk masalah ini kepada doktor dengan kadar segera. Klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami secara peribadi melalui atas talian bagi mendapatkan penerangan dan nasihat atau rawatan yang diperlukan. Terima kasih.