
Sulit
4 tahun
Keguguran dan tempoh masa Misoprostol bertindak mengeluarkan sisa dalam rahim
Saya keguguran dan usia kandungan dlm 6mgu…saya diberi ubat Misoprostol untuk keluar kn yg xhabis keluar…berapa lama ye kesan ubat tu,untuk lebihan darah tu keluar

Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
4 tahun
Selamat sejahtera dan terima kasih kerana mengajukan soalan kepada pihak kami.
Jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang anda hadapi. Sila klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan doktor.
Kami memahami kebimbangan anda tentang masalah ini. Untuk makluman anda, kebanyakan wanita mengalami pendarahan atau kekejangan dalam beberapa jam pertama selepas penggunaan ubat misoprostol. Adalah normal bagi pendarahan menjadi berat dan memasukkan gumpalan pada 12 jam pertama selepas penggunaan ubat. Setelah itu, pendarahan akan menjadi normal. Beberapa harikemudian, pendarahan akan menjadi semakin sedikit, dan kebanyakan wanita akan mengalami beberapa pendarahan ringan atau spotting selama satu atau dua minggu.
Sekiranya anda mengalami gejala yang tidak selesa selepas mengambil pil misoprostol atau mempunyai sebarang keraguan mengenai ubat ini, sila berunding dengan doktor anda dengan segera atau dapatkan nasihat daripada para doktor di klinik berdekatan.
Anda juga boleh klik link ( DoctorOnCall ) untuk berhubung dengan doktor kami secara peribadi bagi mendapatkan penerangan dan nasihat lanjut. Terima kasih