
Sulit
5 tahun
Keguguran di awal kehamilan
sy telah mengalami keguguran pada 19 aug yg lalu namun sy tidak pergi ke hospital kerana sy sendiri tidak tahu bahwa sy mengalami keguguran. sy hny ketahui apabila upt tidak lg menunjukkan tanda positif. sy telah pergi ke klinik dan klinik telah memberi surat rujukan ke hospital atau klinik kerajaan yang mempunyai kemudahan ultrasound.
masalah sy, sehingga kini masih lg ade cecair berwarna cokelet yg keluar sdgkan cecair tersebut telah sy alami sejak 17 aug iaitu sblm sy keguguran.
adakah ianya merbahaya?

5 tahun
Salam sejahtera, terima kasih atas soalan yang diajukan.
Jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang anda hadapi. Sila klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami secara percuma.
Berdasarkan keterangan yang anda berikan, cecair berwarna coklat yang keluar dari faraj anda boleh disebabkan beberapa perkara seperti:
- Sesetengah wanita mengalami spotting sewaktu ovulasi
- Perubahan hormon akibat perkara seperti gangguan emosi, tekanan, aktiviti harian yang sibuk dan kegiatan lasak
- Terdapat ketumbuhan polip atau fibroid di dalam rahim
- Kesan keguguran
- Jangkitan dalam rahim
Untuk mengatasi masalah ini, punca masalah tersebut haruslah diketahui. Oleh itu, anda disarankan untuk merujuk masalah ini dengan lebih lanjut kerana maklumat tambahan serta pemeriksaan adalah diperlukan sebelum kesimpulan dan rawatan dapat diberikan. Anda boleh klik pada link (DoctorOnCall) ataupun pada link (DoctorOnCallEPharma) untuk bercakap dengan pihak kami atau farmasi kami secara atas talian. Privasi anda akan kami jaga. Terima kasih.