
Sulit
4 tahun
Keguguran kandungan 1 bulan
Sy baru shj keguguran . Usia kandungan sy mungkin dalam 1 bulan. Sy last period 17/8 . Gugur 26/9. Sy nak tanya. Sy perlu berpantang ke ? Dan boleh ke lakukan hubungan seks ? Dan darah keluar sedikit sahaja. Darah kluar sekali sahaja and tkde keluar lagi dah

4 tahun
Salam sejahtera dan terima kasih kerana mengajukan soalan kepada kami.
Melalui penerangan anda, saya memahami kebimbangan anda dalam hal ini. Untuk pengetahuan anda, setelah berlaku keguguran rahim seorang wanita dalam keadaan mengembang dan akan keluar pendarahan untuk membersihkan rahim. Keadaan ini akan membuatkan rahim lebih cenderung untuk terkena jangkitan.
Saya menasihatkan untuk menuggu 2 minggu untuk memasukkan apa-apa dalam faraj seperti melakukan hubungan seks dan tampon. Namun begitu, ini hanyalah keterangan am tentang hal ini dan pemulihan rahim setiap orang adalah berbeza dan saya nasihatkan anda untuk berjumpa dengan doktor untuk mendapatkan kesimpulan yang lebih tepat. Anda juga boleh klik link (DoctorOnCall) untuk berhubung dengan doktor kami secara peribadi untuk mendapatkan nasihat dan maklumat lebih lanjut. Terima kasih.