
alien99.sap
5 tahun
Keguguran lengkap atau tak
Saya keguguran 2hari lepas usia kandungan 9minggu…tapi saya masih tidak merujuk ke mana2 klinik/hsptl…adakah ok sekiranya saya tidak buat d&c?darah berlendir merah masih mengalir keluar…pinggang dan abdomen bawah masih terasa sakit sesekali…

5 tahun
Salam sejahtera, terima kasih atas soalan yang diajukan.
Jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang anda hadapi. Sila klik pada link ini (DoctorOnCall)untuk bercakap dengan pihak kami.
Anda amat disarankan bertemu dengan pihak doktor untuk memastikan anda gugur lengkap atau tidak lengkap melalui pemeriksaan fizikal dan ujian diagnositik. Sekiranya anda gugur lengkap, anda boleh datang haid semula seawal 3 hari dan selewat 4 minggu seterusnya bergantung kepada tahap hormon anda. Seterusnya membolehkan anda untuk mengandung bayi berikutnya.
Saranan saya, berjumpalah dengan pakar sakit puan untuk memastikan ia keguguran yang lengkap, memastikan keadaan rahim yang optimum dan mengelakkan sebarang komplikasi seperti jangkitan kuman dan bakteria yang tidak diingini.
Terima kasih