
feeqa_nur
5 tahun
Keguguran (miss misscariege)
Pada 15 Julai 2019 baru-baru ini saya telah mengambil ubat kolestrol jenama simvastatin selama sebulan kerana bacaan total kolestrol 6.6. Pada masa yang sama tarikh terakhir period saya adalah pada 16 Julai 2019. 5 September 2019 saya mendapati saya pregnant selama 7 minggu. Setelah melakukan scan pada kandungan 8 minggu doktor mengesahkan kandungan saya kecil (seperti 5 minggu) dan hanya nampak kantung serta tiada hearbeat. Keesokannya berlaku bleeding selama 11 hari sebelum kandungan saya gugur pada usia 9 minggu. Saya ingin tahu, adakah keguguran saya ini ada kaitan dengan pengambilan ubat kolestrol tersebut?
Terima kasih doktor.

Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
5 tahun
Salam sejahtera, terima kasih atas soalan yang diajukan.
Jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang anda hadapi. Sila klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami.
Berdasarkan keterangan di atas, kami memahami kebimbangan anda tentang masalah yang dihadapi. Untuk makluman anda, ubat simvastatin dipreskripsikan dengan tujuan untuk menurunkan kadar kolesterol dalam tubuh. Kadar kolesterol yang tinggi mempunyai banyak efek dan akibat yang merbahaya.
Penggunaan ubat ini selama kehamilan adalah dikategorikan dalam kategori X yang mana bermaksud ubat ini tidak diindikasikan untuk diberi kerana keburukan pengambilannya melebihi kebaikan pada kajian yang dilakukan terhadap haiwan dan laporan kegunaan wanita hamil.
Akan tetapi, kontraindikasi ini bukanlah bermaksud ubat ini menyebabkan keguguran. Kontraindikasi statin adalah kerana kadar kolesterol yang rendah akan mempengaruhi pertumbuhan janin. Malah, untuk menguatkan lagi bukti, terdapat kajian bercanggah yang mendapatkan bahawa penggunaan statin sewaktu kehamilan adalah aman.
Sebagai langkah berjaga-jaga, sekiranya status kehamilan adalah positif, adalah baik untuk memerhatikan peningkatan kadar kolesterol terlebih dahulu sebelum pemberian statin dimulakan.
Bagi info tambahan, pemeriksaan adalah diperlukan sebelum kesimpulan dan rawatan dapat diberikan. Anda boleh klik pada link (DoctorOnCall) ataupun pada link (DoctorOnCallEPharma) untuk bercakap dengan pihak kami atau farmasi kami secara atas talian. Privasi anda akan kami jaga. Terima kasih.