
Sulit
5 tahun
Keguguran or molar pregnancy
hello doktor saya berumur 40 tahun 2 days ago saya datang bulan dan saya lihat ada ketulan like kantung yg berisi cecair mcm tu la ada kah saya keguguran atau molar pregnancy sbb before kantung tu keluar ada mcm gumpalan darah keluar most like tisu2 mcm tu la harap dc dpt beri penjelasan yg jelas

Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
5 tahun
Salam sejahtera, terima kasih atas soalan yang diajukan.
Jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang anda hadapi. Sila klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami.
Berdasarkan keterangan di atas, kami memahami kebimbangan anda tentang masalah yang dihadapi. Untuk makluman anda, keguguran adalah kehamilan yang berakhir dengan keluarnya janin dari rahim sebelum ia dapat bertahan. Sementara itu, molar pregnancy atau kehamilan molar adalah satu bentuk kehamilan abnormal yang mana terbentuk tumor akibat kegagalan pembentukan janin. Untuk membezakan kedua ini berdasarkan keterangan anda adalah sukar. Hal ini kerana diagnosa tidak dapat ditegakkan berdasarkan keluhan pesakit sahaja. Adalah diperlukan pemeriksaan fizikal oleh doktor, pemeriksaan darah, pemeriksaan scan dan lain-lain.
Oleh itu, anda disarankan untuk merujuk masalah ini dengan lebih lanjut kerana maklumat tambahan serta pemeriksaan adalah diperlukan sebelum kesimpulan dan rawatan dapat diberikan. Anda boleh klik pada link (DoctorOnCall) ataupun pada link (DoctorOnCallEPharma) untuk bercakap dengan pihak kami atau farmasi kami secara atas talian. Privasi anda akan kami jaga. Terima kasih.