
Anonymous
6 tahun
Keguguran pada 5 minggu kandungan
Saya berumur 41 thn…saya mengalami missed period pada bulan 4…last period saya 5/3/2019…saya ada lakukan test urin di rumah dan mndapti hasilnya saya mngandung…kira-kira 5 minggu saya dapati ada keluar darah serta perut menjadi kram…darah yang keluar seperti darah period…tak sampai semnggu darah dah berhenti…tp yang menjadi masalah bagi saya,adakah darah yg keluar tu adalah darah keguguran sbb saya masih lagi merasakan alahan mengandung??apa yg perly saya lakukan??.

6 tahun
Salam sejahtera, terima kasih atas soalan yang diajukan.
Jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang anda hadapi. Sila klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan doktor.
Berdasarkan keterangan di atas, kami memahami kebimbangan anda tentang masalah yang dihadapi.
Selepas pengesahan kehamilan, sebarang pendarahan yang terjadi adalah sesuatu yang perkara yang perlu diambil serius. Pendarahan yang berlaku boleh disebabkan oleh:
- keguguran
- trauma peranakan
- masalah kedudukan kandungan
- masalah implantasi kandungan
Keguguran pula memerlukan pemeriksaan dan rawatan lanjut supaya tidak berlaku jangkitan yang boleh membawa maut.
Untuk mengetahui punca masalah yang anda hadapi serta rawatan, maklumat lanjut adalah diperlukan sebelum kesimpulan boleh dibuat. Oleh itu, anda amat disarankan untuk merujuk masalah ini kepada doktor. Sila klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan doktor bertauliah kami secara peribadi melalui atas talian. Terima kasih.
Sekiranya anda adalah ahli Peduli Sihat, konsulatasi anda dengan doktor kami serta ubat-ubatan anda adalah PERCUMA!