
Sulit
4 tahun
Keguguran rambut di bahagian atas serta hadapan
Saya berumur 32 tahun, masalah keguguran rambut saya bermula sejak umur 20 tahun. Bolehkah saya mengambil Finasteride, atau tidak digalakkan?

Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
4 tahun
Salam sejahtera, terima kasih atas soalan yang diajukan.
Jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang anda hadapi. Sila klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami secara percuma.
Berdasarkan keterangan yang anda berikan, masalah keguguran rambut yang anda alami boleh disebabkan:
- ‘Male pattern baldness’
- Kurang zat besi
- Alahan rambut pada produk rambut atau kain
- Anemia (kurang sel darah merah)
- Tekanan emosi/fizikal
- Lebihan vitamin A
Untuk mengatasi masalah ini, punca masalah tersebut haruslah diketahui. Oleh itu, anda disarankan untuk merujuk masalah ini dengan lebih lanjut kerana maklumat tambahan serta pemeriksaan adalah diperlukan sebelum kesimpulan dan rawatan dapat diberikan. Anda boleh klik pada link (DoctorOnCall) ataupun pada link (DoctorOnCallEPharma) untuk bercakap dengan pihak kami atau farmasi kami secara atas talian. Privasi anda akan kami jaga. Terima kasih.