
Anonymous
4 tahun
Keguguran rambut yang banyak
Saya wanita umur 28 tahun,mengalami keguguran rambut yang banyak sejak seminggu yang lalu,saya merasa risau Kerana rambut gugur setiap hari dalam kuantiti yang banyak

5 tahun
Salam sejahtera, terima kasih atas soalan yang diajukan.
Jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang anda hadapi. Sila klik pada link ini (DoctorOnCall)untuk bercakap dengan doctor
Berdasarkan keterangan di atas, kami memahami kebimbangan anda tentang masalah yang dihadapi. Untuk makluman pihak anda,Keguguran rambut dalam kalangan lelaki/perempuan adalah salah satu perkara biasa yang dialami oleh masyarakat kita . Terdapat pelbagai punca yang boleh menyumbang keguguran rambut kita termasuklah:
- genetik
- infeksi kulat
- Iron deficiency anaemia
- Syphilis
dan sebagainya.
Keguguran rambut juga boleh diklasifisikan seperti berikut:
- alopecia areata
- drug-induced alopecia
- male pattern baldness
Untuk mengetahui punca sebenar masalah yang anda hadapi, maklumat lanjut tentang latar belakang kesihatan anda, pemeriksaan dan ujian mungkin perlu dijalankan. Anda disarankan untuk merujuk masalah ini dengan lebih lanjut. Sila klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami secara atas talian. Terima kasih