nurul5866farah
5 tahun
Keguguran rambut yang melampau
Hi, saya wanita yang berumur 22tahun. Masalah yg saya kena hadapi ialah keguguran rambut yang melampau. Perkara ni sudah menjadi agak sekian lama tapi untuk tahun ni makin hari makin banyak keguguran rambut. Saya buntu apa yg perlu saya lakukan
Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
6 tahun
Salam sejahtera, terima kasih atas soalan yang anda ajukan.
Jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang anda hadapi. Sila klik pada link ini (DoctorOnCall)untuk bercakap dengan pihak kami.
Untuk makluman pihak anda, masalah keguguran rambut yang teruk boleh disebabkan oleh pelbagai faktor, antaranya:
- Keturunan
- Perubahan hormon
- Penyakit seperti “Alopecia”
- Jangkitan “Ringworm”
- Penggunaan ubatan seperti steroid
- Rawatan radioterapi
- Stress
- Penggunaan bahan seperti pewarna rambut dan kerap menggayakan fesyen rambut berlainan boleh menyebabkan rambut rosak dan gugur
Bagi mengetahui punca masalah keguguran rambut anda, sila rujuk masalah ini dengan lebih lanjut kepada pakar astetik dan rawatan rambut. Klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami secara peribadi melalui atas talian bagi mendapatkan penerangan dan nasihat atau rawatan yang diperlukan. Terima kasih.






















