
Sulit
4 tahun
Keguguran selepas period
saya baru lepas keguguran, dan sekarang waktu period saya tapi kenapa darah period saya cuma keluar 2 hari je and darah bukan darah period macam biasa… dia warka coklat macamtu. ssya risau…

Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
4 tahun
Salam sejahtera, terima kasih atas soalan yang diajukan.
Kami faham masalah yang anda alami. Untuk maklumat anda, kitaran haid yang wanita yang normal adalah di antara 21 hingga 34 hari dan tempoh alirannya adalah di antara 2 hingga 7 hari. Warna darah haid juga boleh berubah-ubah dari merah pekat sehinggalah ke coklat dan kadangkala ia boleh keluar dalam bentuk ketulan disebabkan oleh darah beku.
Tempuhi waktu datang bulan dengan selesa tanpa kebocoran.
Anda masih risau tentang haid lewat? Pakar sakit puan (Gynaecologist) boleh membantu!
Ini hanyalah keterangan kami secara am mengenai masalah anda. Kami sarankan anda untuk berjumpa dengan doktor supaya pemeriksaan dapat dilakukan dan rawatan dapat diberikan kepada anda.
Anda juga digalakkan untuk merekodkan kitaran dan aliran haid anda supaya ia boleh menjadi rujukan anda dan juga doktor sekiranya anda masih mempunyai masalah berkaitan dengan haid pada masa hadapan.
Sekiranya anda mempunyai soalan lanjut, sila hubungi kami di (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan doktor kami secara peribadi. Terima kasih.