
yunn7783
5 tahun
Keguguran usia 6 minggu
Hi,sy berumur 36thn dan mengalami keguguran usia kandungan 6 minggu.sy turun darah pada 29 november yg lalu hingga sekarang dan ada waktunya banyak dan berketul-ketul.Adakah itu normal? Berapa lama tempoh untuk darah keguguran ini akan kering?

Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
5 tahun
Salam sejahtera, terima kasih atas soalan yang diajukan.
Jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang anda hadapi. Sila klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami.
Berdasarkan keterangan di atas, kami memahami kebimbangan anda tentang masalah yang dihadapi. Untuk makluman puan, semua wanita yang melahirkan mahupun keguguran akan melalui fasa nifas. Pada kebanyakan orang, tempoh perdarahan nifas yang normal adalah sekitar 6 minggu. Apabila darah nifas anda telah berhenti, ini bermakna perubahan badan akibat kehamilan, dan bersalin telah selesai dan tubuh badan anda telah kembali kepada kondisi tidak hamil. Maka apabila tempoh nifas selesai, tubuh anda telah siap untuk hamil lagi.
Untuk mengetahui punca masalah yang anda hadapi dengan tepat, maklumat lanjut adalah diperlukan sebelum kesimpulan boleh dibuat. Oleh itu, anda amat disarankan untuk merujuk masalah ini kepada doktor. Sila klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami secara peribadi melalui atas talian. Terima kasih.