
nurfathin96
5 tahun
Kehamilan awal seminggu
Dr…Sy baru sahaja berkahwin…umur sy 23tahun…period last sy pada 14/7 baru ni…beberapa hari ni sy berasa letih kerap mengantuk dan susah nafas , perut saya pula berasa kembung tetapi mudah lapar selera makan bertambah…tiada mual2 dan pening tetapi sakit pinggang dan sakit belakang…adakah tu tanda awal mengandung dalam tempoh satu minggu ni? bolehkah sy mengambil appeton folic asid dalam tempoh ni?

Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
5 tahun
Salam sejahtera, terima kasih atas soalan yang diajukan.
Jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang anda hadapi. Sila klik pada link ini (DoctorOnCall)untuk bercakap dengan pihak kami.
Berdasarkan keterangan di atas, kami memahami kebimbangan anda tentang masalah yang dihadapi. Untuk makluman anda, terdapat 20 tanda-tanda kehamilan. Antaranya:
- Tidak datang haid
- Keletihan
- Mual
- Muntah-muntah (juga dikenali sebagai “morning sickness”)
- Payudara yang sakit dan semakin membesar
- Sembelit
- Kekejangan
- Pendarahan ringan atau pendarahan implantasi
- Perubahan emosi atau mood
- Mengidam pelbagai jenis makanan
- Keluar cecair atau keputihan daripada faraj
- Peningkatan berat badan
- Sakit kepala
- Sakit belakang
- Pening
- Kerap membuang air kencing
- Bengkak pada kaki (edema)
- Kesukaran untuk tidur
- Pedih ulu hati
- Kontraksi yang sederhana
Tambahan pula, folic acid direkomendasikan untuk dimakan oleh wanita subur sekurang-kurangnya 1 bulan sebelum mula hamil. Oleh itu, sekiranya anda merancang untuk hamil, adalah disarankan untuk mulai makan folic acid.
Untuk mengetahui punca masalah yang anda hadapi dengan tepat, maklumat lanjut adalah diperlukan sebelum kesimpulan boleh dibuat. Oleh itu, anda amat disarankan untuk merujuk masalah ini kepada doktor. Sila klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami secara peribadi melalui atas talian. Terima kasih.