
Sulit
3 tahun
Kehamilan dan folic acid
Hi saya mengandung 12 minggu . Saya ada makan blackmores pregnancy tetapi saya tidak perasan arahan untuk makan adalah 2 biji sehari . Sebelum ni saya cuma makan 1 biji sehari. Adakah kandungan saya tidak mendapat cukup folic acid dan adakah saya perlu bimbang tentang perkara ini?

3 tahun
Salam Sejahtera,
Terima kasih kerana mengajukan soalan anda.
Kami memahami anda sedang hamil dan berasa bimbang kerana tidak mengambil folic acid seperti dalam arahan. Kami akan cuba membantu anda.
Untuk makluman anda, kekurangan folic acid boleh menyebabkan neural defect kandungan, tetapi risikonya adalah rendah dan memandangkan anda masih mengambil folic acid walaupun bukan pada dos yang ditetapkan, kemungkinan untuk ia membawa masalah pada kandungan adalah rendah. Sekiranya anda masih risau, anda boleh merujuk kepada doktor untuk mendapatkan kepastian dengan ujian ultrasound. Anda boleh mendapatkan nasihat daripada pakar ibu dan anak kami secara atas talian mengenai perkara ini.
Kami berharap jawapan ini dapat membantu anda.
Terima kasih.
Klik di sini untuk bercakap dengan doktor.