
Sulit
3 tahun
Kehamilan dan kanser payudara tahap 3
Saya seorang penulis. Dan saya ada beberapa soalan untuk dtanyakan berkaitan dengan kehamilan dan kanser payudara tahap 3. Ia bertujuan untuk dimuat masuk ke dalam karya saya dan secara tidak langsung memberi pendedahan kepada pembaca.
watak: seorag wanita lingkungan 30-35 tahun, hamil anak sulung (2bulan) dan didiagnosis kanser payudara tahap 3. Jadi, soalan saya:
- Apakah yang biasanya doktor sarankan kepada pesakit?
- Sekiranya pesakit mahu teruskan kandungan, apakah pesakit boleh menolak untuk tidak terima rawatan kanser?
- Jika pesakit meneruskan kehamilan, apakah rawatan yang akan diberikan kepada pesakit?
- Ada kemungkinan atau tidak bayi dilahirkan dalam keadaann pra matang?
- Sekiranya pesakit mahu menjalani pembedahan pembuangan payudara bolehkan ia dilakukan selepas melahirkan bayi (pada waktu yang sama)
- Selepas melahirkan, rawatan bagaimana yang akan diberikan kepada pesakit tersebut?
Terima kasih atas masa yang diluangkan. semoga ia dapat memberi manfaat dan ilmu kepada saya dan pembaca.

Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
3 tahun
Salam sejahtera,
Terima kasih atas soalan anda.
Berdasarkan pertanyaan anda di atas, saya memahami bahawa anda berasa bimbang tentang masalah anda. Saya akan cuba untuk membantu anda.
Untuk makluman anda, setiap rawatan serta ubat-ubatan yang diberi oleh doktor adalah berdasarkan kepada indikasi tertentu. Doktor perlu mengetahui tentang sejarah penyakit anda dengan lebih terperinci serta perlu melakukan pemeriksaan fizikal secara menyeluruh sebelum dapat membuat sebarang kesimpulan mengenai maslaah anda. Hal ini adalah kerana rawatan bagi setiap pesakit adalah berbeza-beza bergantung kepada tahap keparahan penyakit seseorang.
Oleh itu, saya menyarankan anda supaya merujuk kepada doktor untuk mendapat rawatan yang tepat. Anda boleh berhubung dengan doktor kami secara atas talian untuk mendapat maklumat serta rawatan yang lebih lanjut.
Saya berharap agar jawapan ini dapat membantu anda. Terima kasih.
Klik di sini untuk bercakap dengan doktor