
zaifull1972
5 tahun
Kehamilan dan keguguran
Saya telah gugur pada 17.6 yang lepas,jd bagaimana saya nk tau bila akan berlaku period akn dtang,biasanya brapa lama tempoh period akan dtang semula.

5 tahun
Salam sejahtera, terima kasih atas soalan yang diajukan.
Jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang anda hadapi. Sila klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami.
Anda seharusnya bertemu dengan pihak doktor untuk memastikan anda gugur lengap atau tidak lengkap. Sekiranya anda gugur lengkap, anda boleh datang haid semula seawal 3 hari dan selewat 4 minggu seterusnya bergantung kepada tahap hormon anda.
Saranan saya, berjumpalah dengan pakar sakit puan untuk memastikan ia keguguran yang lengkap, keadaan rahim dan mengelakkan sebarang komplikasi yang tidak diingini.
Terima kasih