
Sulit
4 tahun
Kehamilan dan sejarah keguguran. Pernah hamil 5 kali. Dan gugur sebanyak 4 kali. Sekarang sedang hamil
Hai doktor. Saya mempunyai sejarah gugurkan kandung sebanyak 2 kali. Saya mengugurkan kandungan yang pertama pada tahun 2013 usia kandungan 11 minggu dengan melakukan d&c di klinik swasta. Dan kali kedua pada tahun 2016 usia kandungan 13 minggu juga telah melakukan d&c di klinik swasa. Dan kedua-duanya dari hasil teman lelaki saya iaitu suami saya yang sekarang. Saya dan suami masih belajar dan tidak mempunyai pekerjaan pada masa itu dan mengambil keputusan untuk mengugurkan kandungan. Pada tahun 2018 bulan 5 kami telah berkahwin. Dan rezeki saya hamil sejurus 1 bulan selepas bernikah. Tetapi usia kandungan saya bertahan hanya 7 minggu. Saya telah keguguran. Complete miscarriage. Pada tahun 2019 bulan 9 saya hamil lagi. Pun tiada rezeki. Usia kandung saya bertahan hanya 12 minggu. Sekali lagi saya mengalami keguguran. D&c untuk kali ketiga. Dan sekarang. Saya hamil lagi. Usia kandung 28 minggu. Masalah sekarang. Sepanjang kehamilan saya kali ni. Saya tidak pernah menceritakan langsung pada jururawat atau doktor tentang kehamilan dan sejarah keguguran saya yang sebelum saya berkahwin. Saya hanya menceritakan tentang sejarah keguguran saya selepas saya berkahwin sahaja. Saya juga pernah berbincang dengan suami sebelum ini berkenaan dengan ini. Saya dan suami bersetuju agar tidak menceritakan tentang sejarah keguguran yang dahulu. Kerana bimbang kedua-dua belah keluarga kami akan tahu. Apa pendapat doktor? Perlu atau tidak saya menceritakan sejarah kehamilan saya yang terdahulu kepada dokor di kk?

Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
4 tahun
Hai, terima kasih kerana menghubungi kami untuk bertanyakan masalah anda. Saya fahami kebimbangan anda pada masa ini tentang kehamilan.
Terlebih dahulu saya mengucapkan takziah di atas keguguran yang berlaku sebelum ini dan tahniah di atas kehamilan kali ini. Berdasarkan keterangan yang anda berikan, saya sangat menasihatkan anda untuk berceritakan sejarah keguguran sebelum ini kepada doktor yang merawat. Anda jangan risau kerana sejarah anda adalah privasi pihak klinik atau hospital dan mereka tidak sepatutnya memberitahu hal ini kepada ahli keluarga anda sekiranya anda tidak bersetuju.
Sejarah keguguran yang lepas amat penting untuk kami mengetahui apa sebenarnya penyebab keguguran yang berikutnya. Hal ini kerana terdapat beberapa kondisi yang anda perlu jalani ujian sekiranya anda telah gugur berkali kali begi mengetahui punca penyakit anda. Seterusnya rawatan akan diberikan mengikut punca penyakit tersebut untuk memastikan kehamilan anda kali ini berjaya.
Oleh itu, saya berharap anda boleh menceritakan hal sebenar kepada doktor yang merawat anda, saya yakin Doktor tersebut akan memahami situasi yang anda hadapi sekarang.
Untuk mengetahui lebih mendalam tentang kondisi yang anda sedang alami, anda juga boleh mendapatkan konsultasi dengan doktor kami di (DoctorOnCall) secara peribadi. Terima kasih.