Sulit
2 tahun
Kehamilan,kuman kotor dan sakit
Saya wanita umur 33tahun dan hamil mengalami kuman dalam kencing dan sakit
Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
2 tahun
Salam sejahtera dan terima kasih kerana menghubungi kami.
Kami memahami keadaan anda yang sedang hamil dan mengalami kuman dalam kencing serta sakit.
Namun jika anda telah mendapatkan pemeriksaan doktor dan doktor mengesahkan anda dijangkiti kuman didalam air kencing, maka dinasihatkan untuk mengikut semua arahan dan saranan doktor dari segi pengambilan ubat dengan teratur, langkah pencegahan dan lain-lain.
Sekiranya kesakitan yang melanda berlarutan, disarankan segera ke hospital atau berjumpa dengan doktor yang merawat anda bagi mendapatkan solusi yang terbaik untuk masalah ini.
Anda juga boleh menghubungi doktor kami secara atas talian bagi mendapatkan penerangan lebih lanjut mengenai masalah yang anda alami.
Semoga jawapan ini dapat membantu anda.
Terima kasih