
Sulit
3 tahun
Kehamilan -mencuba anak
saya wanita berumur 37tahun dan mempunyai seorang anak berumur 8tahun,saya menunggu rezeki anak kedua…saya tidak mengamal perubatan cegah hamil …kini sudah 2bulan saya ambil pil ovulet atas nasihat DR…tetapi gagal juga…saya telah membuat medical check up,tetapi tidak ada apa apa masalah…i need ur advice,tq

Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
3 tahun
Salam sejahtera, terima kasih atas soalan anda.
Untuk makluman anda, selain daripada kesihatan badan anda serta persediaan anda untuk hamil, emosi juga amat penting. Pastikan menenangkan fikiran anda, jangan terlalu stress dan berfikir banyak, jaga gaya hidup yang sihat seperti bersenam, membaca, makan makanan berkhasiat dan tidur secukupnya.
Sekiranya anda masih prihatin, anda juga boleh minta suami anda untuk menjalani ujian serta permeriksa sebab untuk berjaya hamil, ia memerlukan usaha dua-dua suami dan isteri.
Untuk maklumat lanjut dan soalan lain, anda boleh merujuk kepada doktor anda atau menghubungi kami untuk konsultasi secara atas talian agar kami boleh membantu anda.
Kami berharap jawapan ini membantu anda.
Terima kasih.
Sila klik pada link ini untuk bercakap dengan doktor.
Sila klik pada link ini untuk bercakap dengan Doktor Pakar kami.