
Sulit
4 tahun
Kehamilan selepas 3 hari habis haid
doctor , saya baru habis haid selama 3 hari dan terus melakukan hubungan bersama suami saya. potensi untuk mengandung rendah atau tinggi. mohon doctor memberi sedikit pencerahan

4 tahun
Salam sejahtera, terima kasih atas soalan yang dituju.
Untuk makluman anda, waktu kemuncak kesuburan wanita adalah pada 2 minggu selepas tarikh kedatangan haid lepas, ataupun 2 minggu sebelum tarikh haid yang seterusnya dalam satu kitaran haid. Oleh itu, jika anda ingin merancang untuk mengadakan kehamilan, kami sarankan anda dan suami anda untuk bersama pada waktu tersebut, dalam jangka 2-5 hari pertengahan bulan kitaran haid tersebut.
Jika anda masih mempunyai masalah mengira waktu kesuburan secara manual, anda boleh menggunakan Ovulation Predictor Kits (OPK), iaitu sejenis alat yang boleh mengesan waktu ovulasi dan ia boleh diperolehi dari farmasi yang berhampiran.
Nikmati saat indah bersama yang tersayang dengan selamat.
Jika anda mempunyai sebarang pertanyaan tambahan, anda boleh klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami secara peribadi melalui atas talian bagi mendapatkan penerangan dan nasihat atau rawatan yang diperlukan. Jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang anda hadapi. Terima kasih.
Hilangkan kegusaran berkenaan kesihatan seksual dengan nasihat daripada pakar yang bertauliah