
Sulit
3 tahun
Kehamilan selepas D&C
Sya berumur 27 tahun, menjalankan operation D&C selepas keguguran week 7.Merancang untuk mengandung selepas rehat 5 Bulan, haid saya teratur selepas D&C Dan saya merekodkan waktu subur saya selepas itu, namun belum lagi Hamil. Saya juga Ada masalah dimana ketika period sya sering Rasa ngilu Di Rahim sya Dan sakit sengugut walaupun sebelum sya mengandung sya tidak pernah mengalami sengugut. Perlukah sya mengambil ubat untuk kuatkan Rahim selepas D&C .

3 tahun
Salam sejahtera,
Terima kasih atas soalan yang ditanyakan.
Berdasarkan soalan anda di atas, saya memahami tentang kebimbangan anda mengenai kehamilan selepas D&C. Saya akan cuba untuk membantu anda.
Sekiranya anda tidak mengambil sebarang pil perancang keluarga, secara teorinya kehamilan boleh berlaku pada mana-mana hari selepas keguguran. Walaubagaimanapun, tempoh kesuburan seseorang wanita itu adalah kira-kira dari hari ke sembilan hingga ke hari ke empat belas dalam kitaran haid.
Untuk rasa ngilu di rahim dan senggugut yang anda rasakan, ia boleh jadi efek samping yang muncul setelah anda melakukan D&C.
Sebelum mengambil sebarang ubat-ubatan, saya menyarankan anda supaya merujuk kepada doktor untuk mendapatkan rawatan yang tepat. Anda boleh berhubung dengan doktor kami secara atas talian untuk mendapatkan maklumat serta rawatan yang lebih lanjut.
Saya berharap agar jawapan ini dapat membantu anda. Terima kasih.
Klik di sini untuk bercakap dengan doktor