
Sulit
4 tahun
Kehamilan selepas keguguran
Saya wanita berumur 24 tahun, pernah mengalami 2 kali keguguran dalam satu tahun (2020). Dan sekarang saya hamil semula(4 minggu). Selain mengambil asid folik. Adakah saya perlu mengambil ubat kuat rahim bagi mengelakkan keguguran lagi? Mohon pencerahan doktor. Terima kasih.

Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
4 tahun
Salam sejahtera, terima kasih kerana menghubungi kami.
Kami faham situasi anda pada masa ini. Namun begitu, kami kurang jelas dengan kenyataan anda berkenaan ubat kuat rahim seperti yang disebutkan di dalam ruangan soalan. Nasihat kami kepada anda ialah anda perlu mengikut arahan dan nasihat yang diberikan oleh doktor. Selain itu, anda juga perlu mengambil ubat-ubatan atau suplemen yang diberikan oleh doktor dan elakkan daripada mengambil sebarang jenis ubat tanpa pengetahuan atau berbincang dengan doktor kerana sesetengah ubat bersifat teratogenik dan dapat mengganggu tumbesaran bayi atau menyebabkan kecacatan kepada bayi di dalam rahim.
Untuk pengetahuan anda, terdapat beberapa sebab mengapa keguguran berlaku:
- Jangkitan dalam rahim
- Implantasi produk persenyawaan yang tidak kukuh pada rahim
- Ketidakstabilan hormon
- Bentuk rahim yang tidak normal
Walaupun begitu, ini hanyalah pandangan kami secara am mengenai faktor-faktor yang menyebabkan wanita mengalami keguguran.
Sekiranya anda memerlukan maklumat lanjut, anda boleh menghubungi kami di (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan doktor pakar kami. Terima kasih.