sitimunirah.taib
4 tahun
Kehamilan semasa vaksin dos dua
Saya wanita berumur 26thn. Sy baru sahaja vaksin dos 2 15/8/2021. Tetapi selepas itu, badan terasa kurang sedap dan period lambat, Jadi saya membuat upt test. Hasilnya positif 5minggu hamil. Adakah akan ada risiko pada bayi kerana Sya belum habis tempoh vaksin 2minggu Bg dos dua.
4 tahun
Salam sejahtera dan terima kasih atas pertanyaan anda.
Kami memahami kebimbangan anda dan akan cuba membatu.
Untuk pengetahuan anda,vaksin Covid-19 bukanlah vaksin hidup.
Lebih-lebih lagi kajian terkini mengatakan vaksin ini efektif dalam kehamilan dan juga dapat membantu membina antibodi kepada anak anda dalam rahim.
Vaksin ini selamat digunakan dalam kehamilan.Kesan yang buruk malah maut juga boleh menimpa jikalau seseorang dijangkiti Covid-19 semasa trimester ketiga seseorang ibu mengandung.
Kami harap jawapan kami membantu.
Klik di sini untuk bercakap dengan doktor
Sila layari https://covid-19.moh.gov.my/ untuk maklumat terkini dan garis panduan tentang COVID-19 dan Vaksinasi COVID-19
Untuk Membuat Janji Temu Vaksinasi COVID-19 Di Klinik Swasta, Klik Di Sini
Untuk Menempah Ujian PCR/Ujian RTK COVID-19, Klik Di Sini
























