
Sulit
3 tahun
Kehamilan tak di duga
Salam … sy mimie … sy nak tanya sy delay period dekat 2 bulan dah … hari pertama last period 5/5 … sy ada muntah2 … check upt pun positive … cuma sekarang anak baru 9bulan n bersalin haritu pun emergency ceaser (fetal distress) … takut risiko … apa yg sy kena buat kalau takmau … sy dah tanya suami , suami cakap rujuk dokter dulu kalau ada cara selamat sbb takut rahim masih lagi tak kuat … apa yg sy kena buat ya??

Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
3 tahun
Salam Sejahtera,
Terima kasih atas pertanyaan anda.
Kami memahami kerisauan anda, tetapi gugur kandungan adalah salah di sisi undang-undang melainkan kehamilan tersebut boleh memudaratkan nyawa ibu.
Kami menasihati anda untuk merujuk kepada doktor bertauliah agar anda dapat dibantu. Kami berharap anda tidak gugur kandungan di klinik yang tidak sah atau dengan melakukan perkara-perkara tertentu kerana ia boleh membahayakan nyawa anda.
Anda boleh menghubungi kami mengenai perkara ini supaya kami dapat membantu anda dengan lanjut dan sulit.
Kami berharap jawapan kami dapat membantu anda. Terima kasih.
Klik di sini untuk bercakap dengan doktor.
Klik di sini untuk bercakap dengan doktor pakar ibu dan anak.