
Sulit
3 tahun
Kehamilan usia 7 minggu, sakit dibawah ari2 belah kiri
Hai doc. Sya ingin bertanya sedikit
Sya hamil ,usia kandungan saya 7 minggu, sebelum ni saya pernah hamil tetapi kandungan saya tidak kekal lama kerana saya hamil diluar rahim. Untuk kehamilan baru ini. Saya mengalami kesakitan dibawah ari2 belah kiri, sejak pagi semalam hingga ke hari ini. Dan saya dapati ada benjolan di perut bawah ari2 saya, makin lama , sakit nya bertambah2, selang beberapa minit dalam angaran 3.4 minit terasa sakit hilang ,dan sakit kembali selepas 3.4 minit dan diikuti terasa panas di bawah ari2. Tetapi tiada darah yang keluar ,cuma keputihan kehijauan dan berbau busuk kerap keluar. Sejak saya hamil ini keputihan saya agak berbau busuk dan juga kehijauan dan terasa sangat gatal… adakah sakit ini normal atau berbahaya pada saya dan kandungan saya…harap doc dapat menjawab pertanyaan saya… itu saja yang ingin. Saya bertanya… terima kasih dan selamat bertugas…

Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
3 tahun
Salam sejahtera,
Terima kasih atas soalan anda.
Berdasarkan pertanyaan anda di atas, saya memahami bahawa anda berasa bimbang tentang masalah anda. Saya akan cuba untuk membantu anda.
Untuk makluman anda, terdapat beberapa perkara yang boleh menyebabkan masalah anda. Antaranya adalah:
Kehamilan luar rahim. Hal ini kerana sekiranya rahim mempunyai sebarang komplikasi maka ianya akan menyebabkan proses persenyawaan dan juga zygote tersebut melekat di dinding ‘fallopian tiub’. Ini secara umumnya akan membawa kepada perkembangan zygote di dalam ‘fallopian tiub’ dan boleh mendatangkan masalah seperti kepecahan tiub atau pun sakit yang melampau. Sakit ini bergantung kepada bahagian di mana zygote melekat. Sekiranya zygote melekat pada tiub di sebelah kiri maka ianya akan menyebabkan sakitnya berlaku pada bahagian kiri.
Komplikasi pada ovari. Hal ini kerana kadang kala terdapat juga keadaan wanita mengalami kehamilan di dalam ovari. Kehamilan jenis ini tidak boleh tahan lama kerana ovari tidak mempunyai keupayaan untuk memikul beban kandungan tersebut. Jadi, sekiranya ini berlarutan ianya akan mengakibatkan kepecahan pada ovari tersebut serta mengakibatkan kesakitan yang terlampau. Fenomena ini jika berlaku kepada ovari sebelah kiri akan sememangnya mendatangkan sakit ari-ari sebelah kiri.
Jangkitan kuman pada saluran air kencing. Hal ini kerana apabila seseorang itu mengalami masalah jangkitan kuman ini secara berlarutan maka ianya akan menyebabkan berlakunya jangkitan kuman pada bahagian ginjal. Apabila ginjal sebelah kiri mengalami jangkitan kuman yang berlarutan maka ianya akan menyebabkan sakit ari-ari bahagian kiri. Oleh itu, masalah ini juga haruslah diawasi supaya tidak menjejaskan lagi kesihatan.
Oleh itu, saya menyarankan anda supaya merujuk kepada doktor untuk mendapat rawatan yang tepat. Anda boleh berhubung dengan doktor kami secara atas talian untuk mendapat maklumat serta rawatan yang lebih lanjut.
Saya berharap agar jawapan ini dapat membantu anda. Terima kasih.
Klik di sini untuk bercakap dengan doktor
Sila klik di sini untuk bercakap dengan Pakar sakit puan