
Anonymous
5 tahun
Kehamilan Wanita hahahahahah
Hi doktor , saya ingin bertanya , jikalau saya melakukan hubungan intim dan sehari selepasnya pasangan saya period , adakah kemungkinan untuk dia hamil ? saya melakukannya tanpa kondom tetapi ejakulasi di luar rahim . masih ada kemungkinan untuk hamil ? Hal ini kerana selepas saya ejakulasi , saya melakukan seks sekali lagi selepas beberapa seketika , tetapi sebelum melakukannya kali kedua , saya telah membersihkan lebihan sperma di penis menggunakan tisu , adakah peluang kehamilan tetap ada ?

Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
5 tahun
Salam sejahtera, terima kasih atas soalan yang diajukan.
Jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang anda hadapi. Sila klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami.
Berdasarkan keterangan di atas, kami memahami kebimbangan anda tentang masalah yang dihadapi. Untuk makluman pihak anda, setiap hubungan kelamin tanpa perlindungan boleh menyebabkan kehamilan. Air mani yang mengandungi sperma boleh keluar sebelum hubungan kelamin itu bermula. Oleh itu, air mani anda boleh saja telah memasuki faraj pasangan walaupun anda belum ejakulasi atau “pancut”. Selain itu, air mani boleh kekal di permukaan kemaluan pasangan anda walaupun anda telah ejakulasi luar. Jika anda memasukkan kemaluan ke dalam farajnya selepas ejakulasi, air mani yang mengandungi sperma tetap boleh masuk ke dalam rahimnya. Selagi anda tidak memakai kondom atau tidak menggunakan sebarang pencegahan kehamilan, maka setiap hubungan kelamin yang tidak berpelindungan berupaya menyebabkan kehamilan kepada pasangan anda. Oleh itu, boleh dikatakan peluang hamil tetap ada, tetapi bukanlah 100%.
Untuk mengetahui punca masalah yang anda hadapi dengan tepat, maklumat lanjut adalah diperlukan sebelum kesimpulan boleh dibuat. Oleh itu, anda amat disarankan untuk merujuk masalah ini kepada doktor. Sila klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami secara peribadi melalui atas talian. Terima kasih.