
Sulit
5 tahun
Kehamilan yang kerap sakit pinggang
Saye mengandung 5 weeks … tapi pinggang saye skit ? i

Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
5 tahun
Salam sejahtera, terima kasih atas soalan yang diajukan.
Jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang anda hadapi. Sila klik pada link ini (DoctorOnCall)untuk bercakap dengan pihak kami secara percuma.
Berdasarkan keterangan yang anda berikan, gejala sakit pinggang yang anda alami boleh disebabkan oleh beberapa faktor seperti:
- Ketegangan otot pinggang dan belakang - akibat postur tidak selesa ketika bekerja atau tidur
- Masalah cakera tulang belakang - seperti “slipped disc” atau “herniated disc” dan jika anda mempunyai gejala seperti kesukaran kencing, kebas kaki, maka anda perlu berjumpa dengan doktor segera
- Masalah ovari - seperti ovari terbelit ataupun kista (cyst) dalam ovari pecah
- Masalah buah pinggang seperti batu karang atau jangkitan kuman - gejala lain seperti masalah ketika kencing
Untuk mengatasi masalah ini, punca masalah tersebut haruslah diketahui. Oleh itu, anda disarankan untuk merujuk masalah ini dengan lebih lanjut kerana maklumat tambahan serta pemeriksaan adalah diperlukan sebelum kesimpulan dan rawatan dapat diberikan. Anda boleh klik pada link (DoctorOnCall) ataupun pada link (DoctorOnCallEPharma) untuk bercakap dengan pihak kami atau farmasi kami secara atas talian. Privasi anda akan kami jaga. Terima kasih.