
Sulit
4 tahun
Kehilangan deria deria rasa dan bau akibat covid 19
tunang saya perempuan berumur 20tahun merupakan pesakit covid19, dia mengalami semua gejala yg disebut dalam media serta dia mengalami hilang deria rasa dan bau. dia mengamalkan semua tips dan ubat untuk mengawal dan menyembuhkan gejala yg dialami tetapi apakah tips untuk mengembalikan derianya kembali

4 tahun
Salam sejahtera dan terima kasih kerana mengajukan soalan kepada kami
Melalui penerangan anda, saya memahami kebimbangan anda dalam hal ini. Untuk pengetahuan anda, pemulihan deria bau selepas jangkitan COVID-19 adalah berbeza bagi setiap orang. Sesetengah orang boleh pulih selepas 7 - 10 hari. Terdapat juga yang mengambil masa beberapa bulan untuk pulih.
Untuk waktu ini, tiada ubat yang boleh memberikan deria bau semula, namun begitu anda boleh melakukan latihan deria bau. Iaitu bau benda yang mempunyai bau yang kuat seperti bunga ros, eucalyptus dan limau. Anda boleh melakukan latihan ini 2 kali sehari untuk meningkatkan deria bau anda semula. Namun ia tidak menjanjikan deria anda akan kembali.
Anda juga boleh merujuk doktor KKM dengan klik Tanya Doktor Pakar KKM di laman sesawang Kementerian Kesihatan Malaysia (COVID-19 Portal) untuk bertanyakan isu COVID-19 bermula dari jam 8.30 am hingga 5.00 pm.
Tingkatkan ketahanan sistem imun tubuh dengan mengambil makanan seimbang dan berkhasiat.
Selepas jam 5.00 pm hingga 12.00 am, sila ajukan pertanyaan anda di laman sesawang DoctorOnCall pada link ini https://www.doctoroncall.com.my/tanya/ Terima kasih.
Sila layari https://covid-19.moh.gov.my/ untuk maklumat terkini dan garis panduan tentang COVID-19 dan Vaksinasi COVID-19
Untuk Membuat Janji Temu Vaksinasi COVID-19 Di Klinik Swasta, Klik Di Sini
Untuk Menempah Ujian PCR/Ujian RTK COVID-19, Klik Di Sini