
Sulit
4 tahun
Kehilangan haid setelah suntik depo
Doktor…saya kehilangan kitaran haid setelah mendapat kan suntikan depo ,sekarang saya sudah berhenti ambil suntik depo… saya ingin mengembalikan kitaran haid saya… ubat apakah yang sesuai… atau pun cara saya boleh laku kan… sebab saya dah setahun tak datang bulan…

Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
4 tahun
Salam sejahtera, terima kasih kerana menghubungi kami.
Kami faham masalah yang anda alami. Berdasarkan kenyataan anda, terdapat beberapa sebab yang boleh menyebabkan anda mengalami masalah tidak datang haid sedemikian, seperti:
- Ketidakstabilan hormon
- Berat badan: Berat badan berlebihan boleh mengganggu kitaran haid seseorang
- Tekanan emosi atau stres
- Sindrom polisistik ovari (PCOS)
- Penggunaan perancangan keluarga (pil perancang, suntikan, implan, peranti intrauterin)
Anda masih risau tentang masalah tidak datang haid? Pakar sakit puan (Gynaecologist) boleh membantu!
Ini hanyalah keterangan kami secara am mengenai masalah anda. Disebabkan anda tidak mengalami haid buat masa yang panjang, kami sarankan anda untuk berjumpa dengan doktor untuk pemeriksaan lanjut dan mendapatkan rawatan yang sepatutnya. Rawatan diberikan berdasarkan diagnosis yang dicapai oleh doktor.
Anda juga boleh lakukan beberapa perkara ini:
- Bersenam dan mengamalkan gaya hidup sihat
- Mendapatkan rehat yang cukup
- Makan makanan yang sihat dalam kuantiti sederhana
Sekiranya anda mempunyai soalan lanjut, sila hubungi kami di (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan doktor kami secara peribadi. Terima kasih.