
Sulit
5 tahun
Kehilangan sodium dalam darah bacaan 125
Saya telah mengalami sawan berpunca daripada kehilangan sodium dalam darah apakah puncanya doctors

Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
5 tahun
Salam sejahtera, terima kasih atas soalan yang diajukan.
Berdasarkan keterangan yang anda berikan, hiponatremia adalah kekurangan sodium dalam darah. Ianya boleh membahayakan jika paras sodium berada pada tahap yang sangat rendah. Hiponatremia boleh disebabkan:
- Kesan ubat - seperti ubat darah tinggi
- Penyakit Addison, hipotiroid
- Kegagalan organ hati, jantung atau buah pinggang
- Cirit-birit dan muntah
Untuk mengatasi masalah ini, punca masalah tersebut haruslah diketahui. Oleh itu, anda disarankan untuk merujuk masalah ini dengan lebih lanjut kerana maklumat tambahan serta pemeriksaan adalah diperlukan sebelum kesimpulan dan rawatan dapat diberikan. Anda boleh klik pada link (DoctorOnCall) ataupun pada link (DoctorOnCallEPharma) untuk bercakap dengan pihak kami atau farmasi kami secara atas talian. Privasi anda akan kami jaga. Terima kasih.