
Sulit
4 tahun
Kehilangan suara tanpa batuk atau demam
adakah pemakaian pelitup muka (mask) boleh menyebabkan hilang suara? hampir sebulan… FYI i pernah menjalani MVR mitral pada 1999… i x merokok dan x menjerit @ menyanyi dan i jg x ambil minuman keras @ gas

Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
4 tahun
Hai! Selamat sejahtera dan terima kasih kerana mengajukan soalan kepada pihak kami.
Jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang anda hadapi. Sila klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan doktor.
Kami memahami kebimbangan anda tentang masalah yang anda hadapi. Kebanyakan penyebab kehilangan suara adalah tidak bahaya(benign) tetapi ada sebilangan kes yang disebabkan oleh kanser. Untuk makluman anda, kehilangan suara dapat berpunca daripada beberapa perkara, antaranya ialah:
- Jangkitan kuman
- kecederaan pada peti suara
- Masalah refluks asid dari dalam perut ke tekak.
- kanser
Setakat ini tiada bukti menunjukkan pemakaian pelitup muka mengakibatkan kehilangan suara. Oleh kerana keadaan anda tanpa suara telah berlanjutan selama sebulan, disarankan anda untuk mendapatkan pemeriksaan dan rawatan dengan keadaan segera.
Sakit, telinga hidung dan tekak memang mudah terjadi. Jangan biarkan ia mengganggu anda.
Untuk mengetahui punca sebenar masalah yang anda hadapi, keterangan lanjut dan pemeriksaan susulan adalah diperlukan. Jika anda mempunyai keraguan, kami nasihatkan anda untuk berjumpa dengan doktor untuk mendapatkan kesimpulan yang lebih tepat. Anda juga boleh klik link ( DoctorOnCall ) untuk berhubung dengan doktor pakar kami secara peribadi. Terima kasih
Pakar sakit telinga, hidung dan tekak boleh membantu untuk mengenal pasti masalah anda.