
Sulit
3 tahun
Kejang bawah perut, suhu badan panas, cepat rasa lapar,
Saya wanita yang sudah berkahwin, saya mengalami gejala seperti kejang bawah perut, suhu badan panas, cepat rasa lapar, lemah dan mengantuk dalam 2 hari berturut turut. Kadangkala saya cepat rasa nak melenting tapi masih boleh dikawal. First day period saya ialah 6/5/2021. Bila saya melawan rasa mengantuk dan lemah disebabkan kerja, badan saya jadi sakit dan lenguh. Saya sudah periksa sama ada saya hamil atau tidak, namun jawapannya ialah negatif. Adakah saya terlalu awal buat pemeriksaan atau ada penyakit lain?

Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
3 tahun
Salam sejahtera dan terima kasih kerana mengajukan soalan kepada kami
Melalui penerangan anda, saya memahami kebimbangan anda dalam hal ini. Untuk pengetahuan anda, ujian UPT menggunakan hormon hCG dimana jika terdapat hormon tersebut memberi gambaran yang anda sedang hamil. Anda hanya perlu melakukannya sekali sahaja ujian UPT apabila lewat haid dan disebabkan perubahan jumlah hormon tersebut di dalam badan, ia mengakibatkan sesetengah ujian kabur dan terang berbeza mengikut hari dan individu. Namun, secara kesimpulannya, jika ianya positif, maka keseluruhan ujian adalah positif walaupun garisan itu nampak seperti samar dan kabur.
UPT yang terdapat di pasaran mempunyai sensitiviti yang berlainan. Ada yang dapat mengesan kehamilan yang masih awal, ada juga yang memerlukan hormon yang lebih tinggi untuk menjadi positive. Terdapat pelbagai sebab yang memberikan anda negatif upt, iaitu :
- Anda mengandung tetapi hormon terlalu rendah untuk dikesan
- Kerosakan alat ujian kehamilan
- Salah cara penggunaan alat ujian kehamilan
- Anda hamil kembar : dalam kedaan ini, kehamilan kembar menyebabkan kandungan hormon terlalu tinggi dan tidak dapat dibaca oleh alat ujian kehamilan
- Kehamilan ektopik (luar rahim) : Ini adalah merbahaya dan perlu segera dikesan.
Terdapat beberapa tanda kehamilan iaitu:
- Tidak datang haid
- Keletihan
- Mual
- Muntah-muntah (juga dikenali sebagai “morning sickness”)
- Payudara yang sakit dan semakin membesar\
Untuk mengesahkan kehamilan, anda perlu berjumpa doktor bagi tujuan pemeriksaan dan menjalani beberapa prosedur lain.
Untuk mengatasi masalah ini, anda disarankan untuk merujuk masalah ini dengan lebih lanjut kerana maklumat tambahan serta pemeriksaan adalah diperlukan sebelum kesimpulan dan rawatan dapat diberikan. Anda juga boleh dapatkan set UPT daripada kami dan lakukan ujian ini dirumah.
Haid lewat? Dapatkan kepastian dan tidak perlu tertanya-tanya lagi.
Anda juga boleh klik di link ( DoctorOnCall ) untuk berhubung dengan doktor kami secara peribadi untuk nasihat dan maklumat lebih lanjut daripada pakar. Terima kasih.