Sulit
5 tahun
Kejang perut semasa datang bulan
Saya umur 24 semasa datang bulan terasa macam kejang di perut tapi hanyalah sementara sahaja satu hari 1/2 kali sahaja kejang tp tak sampai 5 minit dia elok. Mengapa ya dia kejang ketika datang bulan sebab tidak pernah kene pon sebelum ni dan ini kali pertama
Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
5 tahun
Salam sejahtera, terima kasih atas soalan yang diajukan.
Berdasarkan keterangan di atas, kami memahami kebimbangan anda tentang masalah yang dihadapi. Untuk makluman pihak anda, masalah ini mungkin juga disebabkan oleh senggugut. Namun, pada pendapat saya memandangkan masalah ini hanya datang sekejap dan tidak menganggu kualiti hidup anda, ianya mungkin tidak merujuk kepada masalah yang perlu anda risaukan.
Akan tetapi, jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang anda hadapi. Untuk mengetahui punca masalah yang anda hadapi dengan tepat, maklumat lanjut serta pemeriksaan adalah diperlukan sebelum kesimpulan boleh dibuat. Oleh itu, anda amat disarankan untuk merujuk masalah ini kepada doktor. Terutama sekali jika masalah ini berlarutan atau semakin parah.
Anda juga boleh klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami secara peribadi melalui atas talian bagi mendapatkan penerangan dan nasihat atau rawatan yang diperlukan atau klik pada link ini (DoctorOnCallEPharma) untuk berhubung dengan farmasi kami. Terima kasih.






























