aisyahrosman846
7 tahun
Kejang pinggang dan bawah perut
saya wani yang berusia 18 tahun sejak kebelakangan ini saya sering menggalami sakit pinggang dan bawah perut . kadang kala ia berlarutan . sehingga ia menjejaskan aktiviti sehar
ian saya selain itu ia menyebabkan sy tidak selesa untuk tidur sama ada dalam keadaan baring mahupun duduk . jadi apakah tanda tanda sakit ni
7 tahun
Terima kasih atas soalan, anda. Saya berharap saya akan dapat menjawab semua soalan anda.
Berdasarkan simptom simptom yang anda nyatakan terdapat beberapa punya yang bermungkinan menyebabkan hal ini. Antaranya adalah:
Sembelit:
Kebanyakannya disebabkan oleh pemakanan yang tidak seimbang iaitu diet yang tidak mengandungi sayur-sayuran dan buah-buahan.“Bowel obstruction”/usus tersumbat:
Perkara ini terjadi apabila usus anda tidak dapat bergerak atau sesuatu menghalang usus dari dalam atau menekan usus dari luar. Tanda utama ialah pesakit tidak dapat membuang air besarBatu karang:
Batu karang di buah pinggang boleh menyebabkan rasa sakit yang terasa seperti tikaman di pinggang kerana batu tersebut tersekat di saluran antara buah pinggang dan pundi kencingJangkitan buah pinggang/jangkitan air kencing:
Selain sakit perut bawah, jangkitan ini akan membuat pesakit rasa penat, demam dan menggigil.
Untuk mengetahui punca masalah anda, anda amat disarankan untuk merujuk masalah ini dengan lebih lanjut. Anda boleh klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan doktor kami secara atas talian. Terima kasih.






























