
Sulit
5 tahun
Kekejangan di bawah perut sebelah kanan
Hi doc. Sy lelaki. Umur 36 tahun. Berat 98kg, tinggi 170cm. Masalah sy mengalami kesakitan @kekejangan di bawah perut sebelah kanan. Mcm ada benjolan @ketulan keras bila berlaku kesakitan. Mcm mn atasi@langkah yg tepat untuk masalah ini. Perlu scan ke?

Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
5 tahun
Salam sejahtera, terima kasih atas soalan yang diajukan.
Jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang anda hadapi. Sila klik pada link ini (DoctorOnCall)untuk bercakap dengan pihak kami.
Berdasarkan keterangan di atas, kami memahami kebimbangan anda tentang masalah yang dihadapi. Untuk makluman anda, ketulan di perut boleh disebabkan oleh pelbagai perkara. Antaranya:
- hernia atau bahasa awamnya adalah angin pasang
- lipoma yaitu ketulan lemak
- limfadenitis
- sembelit
Untuk mengetahui punca masalah yang anda hadapi dengan tepat, maklumat lanjut adalah diperlukan sebelum kesimpulan boleh dibuat. Oleh itu, anda amat disarankan untuk merujuk masalah ini kepada doktor. Sila klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami secara peribadi melalui atas talian. Terima kasih.