
Sulit
3 tahun
Kekejangan di dalam kepala
Assalammulaikum dan salam sejahtera doktor, saya remaja perempuan berumur 14 tahun. Saya mengalami rasa kekejangan di dalam kepala selama 2 bulan berturut-turut. Saya juga telah memakan panadol actifast. Saya telah memakan banyak biji panadol tetapi rasa kekejangan di dalam kepala saya masih tidak hilang. Bolehkah doktor beritahu saya tentang apakah penyakit yang saya alami dan rawatan yang saya perlu dapatkan?Saya berharap doktor dapat membantu saya.

3 tahun
Walaikumussalam dan Salam Sejahtera,
Terima kasih atas pertanyaan anda.
Berdasarkan penerangan anda, kami memahami anda mengalami kekejangan pada bahagian kepala selama 2 bulan. Kami akan cuba membantu anda.
Kami tidak dapat memberikan anda kepastian mengenai punca masalah anda tanpa maklumat tambahan serta pemeriksaan fizikal. Oleh itu, kami akan menjawab soalan anda secara umum.
Gejala anda boleh berpunca daripada :
- Dihidrasi
- Tekanan darah tinggi
- Migrain
- Sakit kepala kluster
- Sakit kepala tekanan
- Kecederaan pada bahagian kepala
- Pendarahan dalam otak
Kami menasihatkan anda untuk merujuk perkara ini kepada doktor supaya punca sebenar masalah anda dapat dikenal pasti dan dirawat. Hubungi doktor kami secara atas talian supaya kami dapat membantu anda dengan lebih lanjut.
Kami berharap jawapan ini dapat membantu anda.
Terima kasih.
Klik di sini untuk bercakap dengan doktor.
Pakar neurologi boleh membantu anda untuk melegakan masalah sakit kepala.