
Sulit
4 tahun
Kekejangan didubur adakah buasir tau sembelit.apakah punca dan cara mengatasi dan merawat
Saya mengalami kekejangan dibahagian dubur setiap kali uzur.saya tak pasti samaada saya buasir atau sembelit.ada lebihan daging atau kulit yang keluar dari dubur saya.bole terangkan apakah punca kekejangan yang saya alami.saya mengalaminya sejak 5tahun lepas.dan apakh cara untuk saya atasinya.

Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
4 tahun
Salam sejahtera, terima kasih atas soalan yang dituju.
Menurut daripada keterangan yang anda perihalkan di atas, gejala kekejangan pada bahagian dubur serta cebisan daging atau kulit yang terkeluar mungkin boleh disebabkan oleh penyakit dubur atau usus yang perlu disiasat lebih lanjut.
Terdapat beberapa penjelasan yang boleh diberi mengenai masalah yang anda hadapi, iaitu:
- Penyakit buasir
- Fisur dubur (anal fissure)
- Jangkitan kuman pada dubur atau rektum
- Penghasilan abses pada dubur (Rectoanal Abscess) yang boleh disebabkan oleh fisur dubur
- Jangkitan kuman dan keradangan pada usus seperti Irritable bowel syndrome
- Jangkitan STI (Sexual transmitted infections)
- Rektuma atau dubur prolaps (Jatuh) - Rectal prolapse
- Kanser rektum atau dubur. : Sembelit adalah sangat teruk.
Kami sarankan anda berjumpa dengan doktor anda sekiranya perkara ini berlarutan sehingga mengganggu kelancaran membuang air besar anda, atau mengganggu sistem penghadaman anda secara langsung.
Sementara itu, kami ingin nasihatkan anda untuk memantau simptom-simptom lain seperti:
- Keletihan dan tidak bermaya
- Sembelit yang sangat teruk
- Pengeluaran lendiran kuning seperti nanah
- Terdapat ketulan atau benjolan yang keluar daripada dubur
- Sakit dubur seperti terasa pedih
- Najis berdarah.
Kami tidak boleh tepati cadangan rawatan di rumah untuk masalah anda kerana masalah anda mungkin memerlukan perhatian doktor anda dengan kadar yang segera.
Jika anda mempunyai sebarang pertanyaan tambahan, anda boleh klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami secara peribadi melalui atas talian bagi mendapatkan penerangan dan nasihat atau rawatan yang diperlukan. Jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang anda hadapi. Terima kasih.