Sulit
6 tahun
Kekejangan otot bahagian kanan
Saya wanita 29thn. Sy kmlgan pda jan 2016. Semsa kemlgan sy didpti tidak ada pape yang berlaku. Tpi saya tidak dpt gerkn kaki dan bhgian belkg sy juga sakit yang teramat. Dokter jgak mengatakan keptsan x-ray dan darah sy ok. Tapi saya kerap alami bengkak dan bisa sehingga tidak bolh berjalan pda bhgian Tulg blkg sehingga kaki. Benda ni kerap berulg setiap kali waktu sejuk dan hujan. Kdg2 saya x boleh melakukan pergrkn sehingga 4 ke 5 hari. Sy tak boleh melakukn aktiviti sukan yang biasa sy lakukan, pekerjaan sy jgk terhad untk sy lakukan. Kerna setiap kali sy lkukn aktiviti menagkt brg dan menolak barang secara automatik pelahan lahan sy dpt rsa kn bhgian kanan tubuh sy mengers dan mengejang sehingga esok hari dia bengkak dan tidak boleh memijak lantai. Boleh ke doktor bantu saya? Kadang-kadang saya merasakan tubuh sy seperti trauma akibt kemalangan tapi mkin sy pksa diri sy bergerak dlm keadaan sakit mkin sakit teruk saya rsa sehingga sekrg. Apa yang patut saya buat,?
Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
6 tahun
Salam sejahtera, terima kasih atas soalan yang diajukan.
Jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang anda hadapi. Sila klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami.
Berdasarkan keterangan di atas, kami memahami kebimbangan anda tentang gejala/masalah yang dihadapi. Untuk makluman pihak anda/puan/tuan, masalah ini boleh disebabkan oleh pelbagai perkara. Antaranya:
- Otot atau ligamen belakang terseliuh atau tercedera
- Slipped disc : cakera antara tulang belakang terhimpit dan terkeluar dari landasan tulang belakang. Kesakitan biasanya disebabkan oleh saraf yang terhimpit disebabkan keadaan ini
- Scoliosis : Tulang belakang bengkok akibat postur yang tidak betul terutamanya ketika mengangkat barang berat
- Radang sendi seperti arthritis, namun ini biasa berlaku kepada mereka yang telah berumur dan adalah jarang sekali pada mereka yang masih muda
Masalah yang dihadapi mungkin berkaitan dengan kemalangan yang pernah anda alami atau mungkin masalah baru timbul.
Untuk mengetahui punca masalah yang anda hadapi dengan tepat, maklumat lanjut adalah diperlukan sebelum kesimpulan boleh dibuat. Oleh itu, anda amat disarankan untuk merujuk masalah ini kepada doktor. Klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami secara peribadi melalui atas talian bagi mendapatkan penerangan dan nasihat atau rawatan yang diperlukan. Terima kasih.































