
Sulit
3 tahun
Kekejangan pada badan bayj
Hi. Baby berusia 2b23h. Sejak berbunyi tulang pada bhgian rusuk & lengan/bahu baby, baby kerap cramp. Bila cramp pd bhgian tsebut baby akan menangis kesakitan lps tu tidur. bila bangun tidur bay gerak aktif spt toada apa berlaku. apa cra utk mengatasi mslh ini?

Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
3 tahun
Salam sejahtera, terima kasih atas soalan anda.
Untuk makluman anda, gejala kekejangan pada badan bayi adalah kejadian umum, mungkinnya disebab oleh sembelit, penyumbatan gas dalam perut atau usus, refluks, intoleransi laktosa dan lain. Kejadian ini akan berkurang dan sembuh setelah sistem pencernaan bayi lebih matang.
Anda boleh cuba balutkan bayi anda dengan tuala suam semasa kekejangan, gosokkan badan bayi anda dengan ringan untuk memberikannya kelegaan dari kesakitan. Selain itu, ketuk ringan belakang bayi anda untuk bersendawa juga boleh mengurangkan kejadian kekejangan.
Untuk maklumat lanjut, anda boleh merujukkan perkara ini kepada doktor anda atau menghubungi kami untuk konsultasi secara atas talian agar kami boleh membantu anda.
Kami berharap jawapan ini membantu anda.
Terima kasih.
Sila klik pada link ini untuk bercakap dengan doktor.
Sila klik pada link ini untuk bercakap dengan Doktor Pakar Kanak-Kanak.