Sulit
2 tahun
Kekejangan pd leher sebelah kanan
Saya wanita berumur 35+thn… Saya mengalami masalah kekejangan pd leher sebelah kanan bermula drpd bhgn bahu hingga ke leher…terasa urat tegang sgt2…bole doc terangkan knp bole jd begitu?
Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
2 tahun
Salam sejahtera, terima kasih atas soalan yang diajukan.
Berdasarkan keterangan di atas, kami memahami kebimbangan anda tentang masalah kekejangan leher sebelah kanan yang bermula daripada bahu menyebabkan anda mengalami ketegangan urat. Kami akan cuba untuk membantu anda dalam masalah ini.
Terdapat pelbagai punca yang boleh menyebabkan gejala yang anda alami seperti:
- Postur yang tidak baik
- Ketidakseimbangan otot
- Kekurangan stabiliti otot leher
Namun begitu, gejala yang disebutkan juga boleh disebabkan oleh masalah yang lebih serius dan memerlukan pemerhatian doktor segera seperti:
- Kecederaan whiplash
- Gangguan saraf
- Kecederaan pada otot leher
Oleh itu, anda amat disarankan untuk bercakap dengan doktor secara atas talian agar kami boleh membantu anda dengan lebih lanjut.
Kami berharap jawapan ini dapat membantu anda. Terima kasih.