
Anonymous
2 tahun
Kekejangan urat leher
Saya suami kepada 4orang anak dan berusia 38tahun . Selamat sejahtera Doktor, saya ingin menanya masalah berkenaan urat leher saya kekadang mengalami kekejangan dalam kadar yang sekejap sahaja dan menyentap pergerakan leher saya, membuatkan ianya tidak selesa, Apakah punca dan masalah dan kaedah rawatannya. Adakah ianya berpunca saluran darah mulai bermasalah disebabkan lemak.

5 tahun
Salam sejahtera, terima kasih atas soalan yang anda ajukan.
Jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang anda hadapi. Sila klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan doktor.
Berdasarkan keterangan di atas, kami memahami kebimbangan anda tentang masalah yang dihadapi.
Antara faktor yang biasanya menyebabkan sakit leher adalah:
- postur yang tidak baik,
- ketidakseimbangan otot,
- kekurangan stabiliti otot tengkuk,
- kecederaan whiplash
Antara cara untuk pengurusan sakit leher adalah
- Ice pack – untuk sakit leher yang akut
Cara melakukan : balut ice pack dengan kain basah dan letak di bahagian sakit selama 15 minit. - hot pack – untuk sakit leher yang kronik dan berulang
Cara melakukan : balut hotpack menggunakan lapisan tuala secukupnya (pasti tidak terlalu panas) dan letakkan di bahagian yang sakit selama 20 minit. Pastikan bahagian yang sakit tidak disapu dengan minyak panas sebelum hot pack diletakkan.
Untuk pengesahan dan maklumat lanjut, anda boleh klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan doktor kami secara atas talian. Privasi anda akan kami jaga. Terima kasih.