Sulit
4 tahun
Kekeliruaan sama ada kesan dri vaksin atau HIV
Saya lelaki umur 19 tahun. Pada 5/8 saya telah vaksin dos yang pertama…selepas 4 hari vaksin kulit saya timbul bintik² merah. Mula tak berapa jelas kelamaan jelas bintik merahnya… Tapi tidak gatal. Adakah ni sebab vaksin atau Hiv? saya last check hiv bulan 1.semoga tuhan memperjauhkan saya dri penyakit berbahaya.
') saya akan mendapat dos yang kedua pada 26/8 …Boleh dr bagi pendapat.? Terima kasih.
4 tahun
Hai! Selamat sejahtera dan terima kasih kerana mengajukan soalan kepada pihak kami.
Tahniah atas vaksinasi anda.
Kami memahami kerisauan anda tentang kemunculan bintik merah atas kulit anda. Kami akan cuba membantu anda.
Untuk makluman anda, gejala tersebut boleh disebabkan oleh beberapa perkara seperti:
- tindak balas terhadap alahan
- jerawat badan
- jangkitan kuman ataupun virus seperti Shingles,kayap, demam campak)
- eczema
- ruam peluh
Untuk makluman anda, WHO telah menyenaraikan simptom yang lazimnya ditemukan bagi jangkitan COVID-19. Antaranya termasuk:
- Demam (lebih dari 37.5 celcius)
- Batuk
- Keletihan
- Sakit badan
- Sakit tekak
- Sakit kepala
- Kehilangan rasa atau bau
- Sesak nafas
Oleh itu, ianya lebih baik jika anda berunding dengan doktor dengan kadar segera supaya punca gejala anda dapat dirumuskan dan rawatan sepatutnya boleh diberikan. Kami juga mencadangkan agar anda membuat pemantauan kesihatan kendiri sekeluarga untuk 14 hari, dan sekiranya anda mempunyai gejala seperti demam, batuk, sakit tekak atau sesak nafas, sila rujuk kepada doktor dengan kadar segera. Anda juga dinasihati untuk mengamalkan penjarakkan sosial, dan memakai pelitup muka.
Anda boleh menghubungi kami secara atas talian untuk pertanyaan lanjut.
Kami berharap jawapan ini dapat membantu anda. Terima kasih.
Klik di sini untuk bercakap dengan doktor.





























