
Sulit
3 tahun
Kekeliruan antara Period atau mengandung
Saya 22 tahun. Sepatutnya period 28/5/21, pada hari sepatutnya tak period lagi sampai malam. Malam tu ada keluar cecair warna coklat… jadi saya standby pakai pad malam tu siap2 takut bocor. Keesokkannya hanya tompok coklat sahaja. Dan hari ke 2 period, period warna merah coklat gelap… tapi light sahaja dan ada ketulan jelly jugak… dan hari ketiga period takde darah merah dah. Cuma tompok coklat sahaja sampai ke petang…

3 tahun
Salam sejahtera dan terima kasih atas pertanyaan anda.
Kami sangat memahami kegusaran dan ketidakselesaan anda berkenaan kekeliruan period atau mengandung.
Untuk pengetahuan anda, ketulan darah beku yang keluar atau darah haid yang keluar dari faraj, merupakan salah satu tanda yang jelas tidak terjadi kehamilan,
Walau bagaimanapun gejala keluar cecair warna coklat, berketul-ketul atau seperti jelly disertai period warna merah coklat gelap namun singkat, boleh disebabkan oleh:
- Gangguan stress
- Penyusutan atau peningkatan berat badan yang mendadak
- Penggunaan ubat tertentu
- Kesan dari kontraseptif hormon: Pil/Suntikan kontraseptif atau IUCD
Namun begitu, gejala yang disebutkan juga boleh disebabkan oleh masalah yang lebih serius dan memerlukan pemerhatian doktor segera seperti:
- Penyakit sindrom ovary polycystic (PCOS)
- Masalah tiroid atau gangauan kadar hormon yang lain
- Penebalan atau polip pada lapisan rahim dan fibroid rahim
Oleh itu, anda amat disarankan untuk bercakap dengan doktor secara atas talian agar kami boleh membantu anda dengan lebih lanjut.
Kami berharap jawapan ini dapat membantu anda. Terima kasih.
Klik di sini untuk bercakap dengan doktor.