
nurashikin3011
5 tahun
Kekeliruan contraction
Saya mengandung 37weeks. Pagi tadi ad rasa sakit tapi tak kuat… VE done… 1.5cm… Sekarang dah lebih 6jam… Saya still tak rasa sakit… Adakah saya perlu ke hospital?

Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
5 tahun
Salam sejahtera, terima kasih atas soalan yang diajukan.
Jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang anda hadapi. Sila klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami.
Berdasarkan keterangan yang anda berikan, maklumat yang diberikan tidak mencukupi bagi memberikan jawapan yang dikehendaki. Terdapat pelbagai soalan mengenai sejarah kesihatan anda yang perlu ditanyakan. Memandangkan perihal ini adalah masalah kehamilan yang melibatkan status kesihatan anak dan ibu, kami mencadangkan agar anda segera ke doktor sekiranya terdapat tanda-tanda melahirkan seperti:
- Sensasi semakin ringan - hal ini terjadi kerana kepala bayi mulai turun
- Cairan kemaluan yang semakin banyak - awalnya jernih, kemudian pink dan apabila semakin mendekati bersalin akan ada darah
- Contraction persalinan, mempunyai sifat yang berikut dibandingkan dengan kontraksi biasa (kontraksi palsu), yang berupa:
-kontraksi datang pada interval waktu yang sama, semakin lama semakin dekat, dengan lama kontraksi sebanyak 30-70 saat
-kontraksi tidak hilang walaupun ada merubah posisi duduk/ berbaring anda
-intensiti kontraksi semakin bertambah
-sensasi kontraksi ini bermula dari belakang ke depan
Sekiranya mempunyai tanda-tanda diatas, silakan untuk segera ke hospital untuk pemeriksaan lanjut.
Untuk info lanjut, anda boleh klik pada link (DoctorOnCall) ataupun pada link (DoctorOnCallEPharma) untuk bercakap dengan pihak kami atau farmasi kami secara atas talian. Privasi anda akan kami jaga. Terima kasih.