
arol.azwan
5 tahun
Kekerapan buang air kecil
Saya seorang lelaki berumur 22 tahun, saya mengalami kekerapan membuang air kecil dan ianya sejak dari saya kecil lagi. Saya minum air tidaklah terlalu banyak, tapi kerap ke tandas berbanding orang lain. Andai saya minum air dalam bungkusan air seperti di kedai mamak , dalam masa sejam saya akan buang air kecil 2-3 kali dan kadang kala lebih dari itu, jadi saya mahu tahu adakah ini antara salah satu masalah kesihatan atau satu keadaan yang normal ? Saya harap doktor dapat membantu memberikan jawapan atau cara mengurangkan kekerapan membuang air kecil yang saya alami. Terima kasih

5 tahun
Salam sejahtera, terima kasih atas soalan yang diajukan.
Jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang anda hadapi. Sila klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami secara percuma.
Berdasarkan keterangan di atas, kami memahami kebimbangan anda tentang gejala/masalah yang dihadapi. Untuk makluman pihak anda, masalah ini boleh disebabkan oleh pelbagai perkara. Antaranya:
- Penyakit kencing manis
- Masalah prostat
- Masalah hormon yang mengawal air dalam badan
- Radang pada pundi kencing
- Penggunaan ubat ubatan seperti ubat darah tinggi jenis diuretik
- Pundi kencing terlalu aktif (Overactive Bladder)
- Penyakit Diabetes Insipidus
Sekiranya masalah ini berlanjutan serta memudaratkan kesihatan anda, anda disarankan untuk merujuk masalah ini dengan lebih lanjut kerana maklumat tambahan serta pemeriksaan adalah diperlukan sebelum kesimpulan dapat dibuat. Anda boleh klik pada link (DoctorOnCall) ataupun pada link (DoctorOnCallEPharma) untuk bercakap dengan pihak kami atau farmasi kami secara atas talian. Privasi anda akan kami jaga. Terima kasih.